Cara Penyumbangan Lirik Bergerak

Fungsi lirik bergerak di KKBOX membolehkan anda mendengar lagu sambil melihat lirik, perkataan demi perkataan.
Sekiranya anda berjaya menyumbang lirik bergerak, nama gelaran anda dapat dilihat oleh semua ahli KKBOX.
Lirik boleh diserahkan dengan menggunakan KKBOX versi 6.2 dan 7.0 di platform Windows.

★Cara Penyumbangan Lirik Bergerak
Langkah 1: Penyerahan Lirik
Mainkan lagu yang anda ingin sumbangi lirik, dan klik "Lirik" di penjuru kanan bawah.

 
Sekiranya keluar pesanan "Tiada lirik disumbangkan untuk lagu ini", klik "Edit" di atas untuk teruskan sumbangan.

 
Langkah 2: Edit Lirik
Sebelum menampal lirik di halaman edit, gunakan aplikasi edit dokumen seperti Notepad atau Microsoft Word untuk menyertakan lirik dalam format "satu ayat setiap barisan". Kemudian, tekan Ctrl + C untuk menyalin semua lirik.

Seterusnya, kembali ke halaman edit, tekan Ctrl + V untuk menampal lirik.

Langkah 3: Tetapan Masa
1. Seterusnya, klik "Mainkan Lagu" di kanan untuk bermula main lagu dan mula tetapkan masa paparan lirik mengikut rentak lagu.

2. Tekan"Enter" untuk menetapkan masa mula untuk setiap baris lirik. Sistem akan menetapkan masa mula setiap barisan sebagai masa tamat untuk lirik baris sebelumnya.

3. Anda boleh menggunakan  untuk menyesuaikan masa mula dan tamat setiap barisan. Tekan Ctrl+S untuk menyimpan kandungan penyuntingan sementara waktu atau Ctrl+L untuk memuatkan lirik yang disimpan sebelum ini.

 
Setelah anda selesai menyunting, sila semak semula sama ada mana-mana pengubahan diperlukan.

 
Langkah 4: Muat Naik Lirik
Klik "Muat Naik" di penjuru kanan atas untuk melengkapkan proses penyerahan.
Sila tunggu sementara kakitangan KKBOX menilai lirik tersebut. Sekiranya tiada kesalahan, anda telah berjaya menyumbang lirik tersebut!

★ Petua untuk penyuntingan lirik bergerak:
1. Masa hanya boleh ditetapkan sementara lagu dimainkan.
2. Untuk menyunting kandungan lirik, hentikan lagu dan mula penyuntingan.
3. Klik dua kali di lirik untuk mainkan lagu dari mula.
4. Tekan "Delete" di keyboard anda untuk memadamkan sebaris lirik.

Was this answer helpful?

What was the problem with this solution?







My KKBOX ID: Cancel
※ This form is an automated system. General questions, technical, sales and product-related issues submitted through this form will not be answered.